47
semua sepakat
bersatu muafakat
kedai tutup rapat
demi tanah dan rakyat
enam pagi hingga
dua belas malam
dua belas malam
kota menjadi tunggul
bandar menjadi lumpuh
yang di luar bandar
turut ikut tutup
atas perintah persatuan
dengan kekuatan demokrasi
setelah jalan diplomasi ditutupi
walau merencat ekonomi
untuk menyata dukacita
angkara penjajah menolak suara
supaya dapat bebas merdeka
buruh perkhidmatan
buruh di jabatan
mengangkut sampah
memperbaiki jalan
membersih bandar
memandu bas
di sekolah
di mahkamah
di pejabat
di kilang
di pelabuhan
di pusat hiburan
di pawagam
di kedai runcit
di kedai makan
di estet-estet
dan nelayan
tidak turun
menangkap ikan
syarahan awal lagi telah diadakan
surat-surat sebaran
memberi penjelasan
hendaklah disiplin cara damai
peristiwa bersejarah
menggempar penjajah
cara aman
rakyat tunjuk kekuatan
ketenteraman keamanan diutamakan
tidak keluar rumah
pagi ke malam
Ulasan
Catat Ulasan