Sagarama 1985 atau kisah kelahiran sebuah kereta

(i)
sebuah kereta
simbol usaha
buat pemula
cucuh semangat bangsa

dari ilham
menjadi lakaran
dari lakaran
dimasuk ukuran

datang ke mari
jemput naik
buatan negara
bukti berjaya

sebelum dijual
dibawa kembara
seluruh malaysia
bukti lasaknya

empat roda
biru warna
menawan sukma
rakyat jelata

(ii)
kempen dilancar 
meningkat belian 
barangan tempatan 
barangan import dikurang

kereta ini 
setaraf dengan 
yang dibuat 
di luar negeri

kejayaan takkan tercapai 
sekiranya orang ramai 
tidak menyokong 
usaha-usaha dijalankan

keyakinan pembeli 
ke atas kualiti 
menggalakkan pertumbuhan 
industri sokongan

(iii)
seorang ahli ekonomi 
mentertawakan 
projek kereta nasional

kepakaran teknikal kita 
masih di belakang Singapura 

pelbagai lagi 
hujah ekonomi 
diguna bagi 
menafi kemampuan 
projek kereta nasional

kereta nasional 
disindir, menggunakan 
teknologi lama Jepun

yang lain 
berpendapat, kita  
tak mungkin 
dapat, meniru 
Jepun dan Jerman 
menjadi negara industri berat 
kerana belum membangunkan 
industri sokongan

(iv)
bangsa yang bermaruah
bangsa yang sanggup menghadapi cabaran
bangsa yang bila jatuh akan bangun semula
dan mengatasi sebarang rintangan
dan akan berjaya

Suatu masa di antara 9 Julai - 28 Ogos 1985.



Ulasan

  1. Saga kebanggaan Malaysia
    Proton jenama Malaysia
    Ia adalah pusaka Malaysia
    Kini dijual oleh pemimpin Malaysia

    Best P.Kreatif. Kalau nak boringkan diri jenguk2 la blog saya
    https://profdoubleh.blogspot.my/

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular