Semalam Di Pulau Kapas

kau beralun
didodoi ombak lagun
yang telus airnya
memanggilku terjun

di halamanmu
berselindung landak laut
di balik tajam batu
dan mencucuk kakiku

pantaimu pasir putih
buaian juntai teduh rimbun pohon
di situ aku bermain
bola tampar bersama teman

sebermula hari yang cerah
bot kecil berlabuh
membawa mereka yang mencari
nikmat alam

dari kejauhan
kulihat kuala terengganu
dan kufikir-fikir
tentang beza sini dan sana

sebuah bot datang
tika kukerinduan
kerna kehidupan
telah memanggilku pulang

aku pergi
dan ramai lagi tiba
kerna kami hanya
mahu semalam denganmu

kau terus bergelora
kerna itu degup jantungmu
dan kuterus fikir untuk kembali
suatu hari pasti

kuharap kau sentiasa terlindung
dari tangan milik akal kudung
yang tidak membuang sampah
ke dalam tong


Dari depan kiri melawan pusingan jam: Ashraf, Azrin, Kamal, Aiman, Fikri, Firdaus, Amir dan Azizul.




Ulasan

Catatan Popular